top of page

Tinjaun infrastruktur PMX baik tingkat kualiti keselesaan murid


Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh (PH - Ledang) menyambut baik tinjauan infrastruktur oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sekolah-sekolah yang disifatkan mampu memberi persekitaran keselesaan kepada murid.


Jelasnya, tindakan itu terbukti berkesan berdasarkan kajian yang dijalankan Kumpulan Bank Dunia (WBG).


Tambahnya, langkah itu bukan untuk meraih populariti sebaliknya terbukti memberi impak kepada produktiviti pembelajaran murid.


"Perkara ini dilaksanakan bukan semata-mata kerana ingin mendapatkan populariti, tetapi berdasarkan kajian impak infrastruktur sekolah terhadap pembelajaran yang dijalankan WBG, sekolah yang mempunyai kualiti persekitaran yang baik termasuk fasiliti kebersihan, menyumbang kepada kehadiran dan kesihatan murid.


"Biarpun sehingga Datuk Seri Anwar digelar ‘Inspektor Tandas’, tetapi disiplin ini berakarkan khidmat kepada rakyat.


"Ia dilihat membawa kesan sehingga ke sekolah seluruh kawasan parlimen, termasuklah di parlimen saya iaitu di Ledang,” katanya pada sesi perbahasan hari kedua usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.


Ahli Parlimen Batu P Prabakaran

Sementara itu, dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pula meminta penjelasan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memberikan penjelasan lanjut dan jumlah rayuan pemohon bagi melanjutkam pengajian tinggi.


Hal ini menurutnya, ramai pelajar cemerlang yang tidak dapat menyambung pengajian mereka.


"Bagi mereformasikan sistem pendidikan negara saya dapat banyak aduan pelajar-pelajar yang memperoleh markah cemerlang tetapi masih tidak dapat menyambung pengajian.


"Oleh itu, saya minta penjelasan lanjut dan angka terkini rayuan yang masih menunggu keputusan," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page