Tinjauan akhbar: Sokongan kepada PH 44%, KEADILAN parti pilihan utama rakyat



Tinjauan dua media terkemuka berbahasa Melayu dan Mandarin, Sinar Harian dan Sin Chew Daily baru-baru ini mendapati gabungan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) memperolehi sokongan popular tertinggi, sementara KEADILAN merupakan parti paling diminati pembaca kedua-dua media bebas tersebut.


Dapatan sokongan popular ke atas setiap parti di Malaysia itu memperlihatkan KEADILAN parti paling diminati dengan mendapat 14% sokongan.


Sekiranya parti-parti tersebut diletakkan dalam gabungan politik sedia ada, maka Pakatan Harapan Plus mempunyai 44.55% sokongan.


Dengan KEADILAN (14.41%), DAP (12.06%), Amanah (7.58%), Warisan (5.18%) dan Muda (5.32%).


Manakala Perikatan Nasional mendapat separuh daripada sokongan PH dengan Umno (10.46%), Pas (7.58%), Bersatu (5.08%), MCA (2.66%), MIC (1.22%), Gerakan (1.39%) dan GPS (2.29%). Mencatat sokongan keseluruhan 20.22%.


Menurut laporan Sinar, Sejumlah 24,370 pembaca daripada kedua-dua akhbar telah mengambil bahagian dalam kaji selidik ini.


"Daripada jumlah itu, seramai 17,931 responden mengambil bahagian di platform Sinar Harian, manakala 6,439 di platform Sin Chew Daily," kata laporan berkenaan.


Secara keseluruhan, 54.02 peratus (13,032 pembaca) terdiri daripada orang Melayu/Bumiputera; Cina 32.26 peratus (7,783 pembaca); India 5.94 peratus (1,434 pembaca), Sabah dan Sarawak 7.37 peratus (1,778 pembaca) dan lain-lain 0.4 peratus (96 pembaca).


Separuh daripada pembaca terdiri daripada mereka yang berusia di antara 31 hingga 50 tahun; 7,652 responden berusia antara 31 hingga 40 tahun, manakala 5,253 responden pula berusia antara 41 hingga 50 tahun.Sejumlah 2,712 responden atau 11.17 peratus pula terdiri daripada mereka yang berusia 51 hingga 60 tahun; 1,418 responden (5.84 peratus) pula berusia 60 tahun dan ke atas.


"Terdapat 2,231 responden berusia 18 hingga 21 tahun yang mana mereka bakal menjadi pengundi automatik.


"Kaji selidik awam ini berlangsung sejak 26 Februari hingga 5 Mac lalu," kata laporan itu lagi.


Bagaimanapun, laporan itu juga mendapati kalangan pengundi Atas Pagar masih tinggi dan dikategorikan sebagai masih belum membuat keputusan, iaitu sebanyak 14.27%

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER