
Pemilihan KEADILAN 2022 telah pun melabuhkan tirai semalam.
Namun bagi calon Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail, pemilihan itu bukan semata mata memenangi jawatan sebaliknya digunakan beliau untuk mengetahui masalah anggota di akar umbi pada setiap kali beliau berkempen dan melawat kawasan.
Semalam dalam lawatan ke Perak, Rodziah sempat mengumpul isu isu anggota bawahan yang sekiranya beliau terpilih sebagai ketua wanita yang baharu maka akan cuba menyelesaikannya.
"Di pemilihan Cabang Bukit Gantang saya menyantuni semua anggota tanpa pilih kasih, walaupun berbeza pasukan. Saya kutip semua aduan, rayuan dan permasalahan yang berlaku di akar umbi demi membangunkan parti.
"Kematangan dan kemesraan inilah yang menjadikan parti kita disayangi rakyat," katanya.
Sewaktu melawat Cabang Teluk Intan pula, Rodziah kagum dengan sejarah usahawan wanita di situ yang membuka bandar berkenaan.
"Ketika turun melawat Cabang Teluk Intan, saya teringat tentang sejarah Mak Intan yang merupakan usahawan, pembuka kota dan aktivis rakyat yang membuka kawasan ini sehingga ia dinamakan Teluk Mak Intan suatu masa dahulu.

"Wanita KEADILAN perlu contohi semangat beliau ini," katanya.
Exco Selangor itu juga teruja dengan wanita di Parit yang kreatif menggubah bunga daripada bunga lalang dan menjadikannya hiasan dalaman rumah.
"Wanita Parit .... hairan saya, ambil bunga lalang di tepi jalan ni…
"Untuk pengetahuan semua, ini lah seni. Bukan saja seni. Saya nampak ada nilai komersial kalau betul betul di manfaatkan sebagai hiasan," katanya lagi.