top of page

Tingkatkan usaha saringan, pencegahan penyakit Tibi - Dr Zaliha



Usaha saringan atau pengesanan awal penyakit batuk kering yang lebih dikenali sebagai Tibi perlu ditingkatkan.


Hal itu ditekankan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sempena Hari Tibi Sedunia pada hari ini.


Menurut beliau, usaha dan strategi menamatkan epidemik tibi menjelang tahun 2035 melalui penglibatan kepimpinan peringkat tinggi bagi meningkatkan pelaburan serta bersama-sama menggembleng seluruh usaha, tenaga, kepakaran dan inovasi perlu ditingkatkan.


"Di Malaysia jumlah kes Tibi yang dilaporkan pada tahun 2022 adalah 25,391 kes (kadar notifikasi 77.8 bagi setiap 100,000 penduduk) dengan peningkatan sebanyak 3,664 kes (17%) berbanding 21,727 kes (kadar notifikasi 63.5 setiap 100,000 penduduk) pada tahun 2021.


"WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) menganggarkan kadar insiden Tibi bagi Malaysia adalah 97 setiap 100 ribu penduduk. Namun kadar insiden yang dilaporkan di negara kita ini adalah lebih rendah berbanding sasaran WHO tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Selain itu, kata beliau, jumlah kematian akibat jangkitan Tibi di Malaysia pada tahun 2022 adalah 2,572 kematian iaitu kadar kematian 7.9 setiap 100,000 penduduk.


Kadar tersebut, katanya, meningkat sebanyak 284 kematian (12%) berbanding 2,288 kematian pada tahun 2021 bersamaan kadar kematian 6.9 setiap 100,000 penduduk.


"Justeru, rawatan bagi penyakit Tibi paru-paru adalah penting bagi kesembuhan dan mengelakkan komplikasi yang boleh menyebabkan morbiditi dan mortaliti.


"Pesakit yang berhenti mengambil rawatan dan enggan meneruskan rawatan boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].


"KKM menyarankan agar semua pesakit sentiasa mematuhi jadual rawatan yang telah ditetapkan. Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan.


"Salah faham berkaitan penyakit Tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan," katanya lagi.


Tegas beliau, komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia menamatkan Tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page