top of page

Tingkatkan usaha pencegahan keganasan ke atas wanita - Rodziah Ismail



Keganasan terhadap wanita di Malaysia meningkat terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.


Sehubungan itu, Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail mahu lebih banyak peruntukan disediakan terhadap usaha-usaha menangani dan mencegah sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.


"Insiden keganasan terhadap wanita lazim berlaku di Malaysia. Beberapa tahun kebelakangan ini, statistik menunjukkan negeri Selangor amat tinggi (insiden keganasan) berbanding negeri-negeri lain, khususnya kes keganasan rumahtangga.


"Lain-lain bentuk keganasan termasuklah rogol, gangguan seksual, penderaan seksual, pencabulan seksual, sumbang mahram, pemerdagangan seks, ganguan seksual menerusi multimedia, intipan siber dan keganasan ketika hamil.


"Oleh yang demikian, wajar diperuntukan keperluan belanjawan mencukupi bagi memelihara keselamatan wanita di berbagai peringkat pengurusan kerajaan sama ada persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, terutamanya di kala pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Membasmi Sebarang Bentuk Keganasan Terhadap Wanita 2020.


Menurut Rodziah lagi, peruntukan secukupnya perlu untuk menggiatkan usaha-usaha advokasi kepada masyarakat umum, menambah perkhidmatan dan fasiliti OSCC di hospital-hospital seluruh Selangor dan menambahbaik perkhidmatan serta fasiliti sedia ada.


Selain itu, bantuan kewangan juga perlu diberikan kepada badan-badan bukan kerajaan yang mengendalikan mangsa-mangsa keganasan serta meningkatkan kompentensi jentera kerajaan dan bukan kerajaan (kaunselor, pegawai kebajikan masyarakat, pegawai perubatan, ketua-ketua kampung, ahli-ahli majlis, penyelia PWB, peguam, polis, hakim, individu pemimpin dan aktivis masyarakat) yang mengendalikan kes-kes keganasan terhadap wanita.


Dasar membasmi keganasan terhadap wanita, katanya, wajar diperluaskan dengan memberi fokus kepada golongan lelaki pelbagai peringkat umur agar belajar menghormati wanita.


"Tekad politik untuk mewujudkan jawatan kuasa pilihan di peringkat Parlimen dan Dewan Negeri Selangor boleh menjadi mekanisme yang berkesan memantau dan menjamin usaha-usaha pembasmian keganasan terhadap wanita tercapai.


"Wanita KEADILAN Selangor merasakan usaha berterusan mensosialisasikan isu ini amat penting. Malah keganasan terhadap wanita merupakan jenayah dan pelanggaran terhadap hak asasi insan yang mesti dihapuskan dengan perlaksanaan program advokasi “Mothers against Crime” dan Klinik Nasihat Guaman serta bersama kerajaan negeri Selangor dalam kempen “Hormat Wanita”," katanya lagi.


Keganasan terhadap wanita dan gadis kebelakangan ini menjadi masalah global dan berleluasa, melibatkan ratusan juta mangsa. Badan-badan dunia seperti WHO dan World Bank memberi perhatian khusus untuk melaksanakan kajian empirikal demi membantu usaha proaktif dan reaktif bagi mengatasinya. Ia adalah di antara fokus Sustainable Development Goals (SDGs #5, Gender Equality).


Hasil beberapa kajian badan-badan dunia tersebut turut mendapati pelaburan (investment) dalam mencari solusi yang berkesan wajar berterusan dalam aspek intervensi dan pencegahan primer (primary prevention) bagi menghapus keganasan terhadap wanita dan gadis.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page