top of page

Tingkatkan ujian Covid-19, percepatkan proses kawalan vaksin - Anwar



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi perhatian dan penekanan yang lebih berhubung kes COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika ini.


Beliau meneliti pandangan serta keluhan orang ramai terutama para pengamal perubatan berkaitan situasi semasa pandemik COVID-19 di negara ini dan rata-rata menzahirkan kebimbangan yang mesti diambil perhatian secara serius.


"Wabak COVID-19 adalah isu negara. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil kira pandangan pakar-pakar yang antaranya mengesyorkan untuk meningkatkan ujian COVID-19 dengan menggunakan kit RTK-Ag yang lebih murah, berbanding PCR.


"Selain itu mereka juga turut mencadangkan kerajaan supaya mempercepatkan proses pengawalseliaan sehingga imunisasi dapat dimulakan sebaik sahaja vaksin pertama tiba," katanya.


Anwar juga meminta kerajaan supaya memberikan suntikan vaksin kepada pekerja asing bagi mengelakkan risiko penularan Covid-19 seperti yang berlaku sebelum ini.


"Selain mengutamakan kumpulan berisiko tinggi, kerajaan juga wajar mempertimbangkan pemberian vaksin kepada pekerja migran untuk melindungi industri kita. Kos vaksin juga mesti dikawal dan harus kurang dari RM100 setiap dos.


"Saya percaya cadangan mereka ini ada asas serta hujah kukuh dan kerajaan tidak harus mengabaikannya," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page