top of page

Tingkatkan peruntukan pendayaupayaan rakyat untuk PPR di Wilayah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 56 minutes ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan disaran meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bagi memperkukuh pelaksanaan program-program pendayaupayaan rakyat sekaligus memberi impak transformasi kepada masyarakat khususnya penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR).


Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran (gambar) berkata, Wilayah Persekutuan menempatkan banyak PPR dan antara kawasan yang mempunyai jumlah PPR tertinggi ialah Parlimen Batu dan Bandar Tun Razak.


Menurut beliau, dengan kepadatan PPR yang tinggi, pelbagai kegiatan sosial turut meningkat, sekaligus memerlukan perhatian yang lebih berkesan bagi memastikan kesejahteraan penduduk terus terpelihara.


"Tapi macam mana kita nak mengatasi masalah sosial? Oleh itu saya menyarankan JWP juga perlu mengadakan projek projek khas untuk mengatasi masalah tersebut.


"Peruntukan untuk JWP saya rasa tidak mencukupi. Dengan adanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai antara pihak berkuasa tempatan (PBT) terbesar di negara ini, namun peruntukan yang disalurkan kepada DBKL pada masa ini lebih tertumpu kepada projek infrastruktur dan pembangunan fizikal.


"Tapi pada pendapat saya, JWP pada masa sama perlu memainkan peranan yang lebih besar lagi (anjur projek projek khas bagi mengatasi masalah sosial)," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, semalam.


Dalam sesi sama, Prabakaran turut memaklumkan bahawa baru-baru ini beliau hadir ke sebuah PPR di ibu negara untuk merasmikan Program Digital Dapur.


Beliau menyifatkan, program tersebut antara projek yang sangat baik kerana ia memperkasakan komuniti wanita untuk menjana pendapatan melalui aktiviti memasak dan perkhidmatan katering, sekaligus membuka platform ekonomi baharu bagi peserta.


Bagaimanapun ujar beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), program berkenaan adalah di bawah Khazanah dengan sokongan Kementerian Kewangan (MOF).

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page