top of page

Tingkatkan perlindungan kepada wanita pemandiri keganasan rumahtangga


Insiden kematian seorang wanita yang ditembak oleh suaminya ketika sedang tidur dan mayatnya disumbat ke dalam tong sebelum ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Johor merupakan tingkat kegagalan tertinggi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun.


Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq berkata, Rina seharusnya mengambil tindakan segera mempertingkatkan polisi perlindungan kepada pemandiri keganasan rumahtangga dengan melaksanakan beberapa perkara ke atas wanita yang dianggap bakal menjadi mangsa, bukan membiarkan mereka bersendirian mempertahankan diri.


"(Dalam hal ini kerajaan perlu) meningkatkan latihan kepada ‘First Respondent” termasuk PDRM dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kes-kes keganasan rumahtangga supaya laporan, siasatan dan pendakwaan dapat dilaksanakan dengan segera untuk melidungi pemandiri khususnya.


"Polisi rumah perlindungan juga perlu ditambah baik serta memberikan sokongan dana kepada NGO-NGO yang menyediakan perlindungan atau transit kepada pemandiri keganasan rumahtangga.


"Garis panduan pengendalian kes keganasan rumahtangga dari semasa ke semasa turut perlu dinilai secara efektif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Selain itu, Fadhlina berkata, KPWKM perlu memberdaya sinergi antara semua pemegang taruh dalam memberikan keutamaan kepada kes-kes keganasan rumahtangga, termasuk fasiliti dan peruntukan bagi membolehkan Mahkamah Syariah yang mengendalikan kes-kes perceraian dan injunksi yang melibatkan keganasan rumahtangga dapat mengendalikan kes dengan efektif.


"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menggesa kebajikan anak-anak mangsa diutamakan dalam situasi begini, khususnya untuk kaunseling trauma dan perlindungan daripada laporan media yang berlebihan, bagi menghormati perasaan dan emosi anak-anak mangsa ketika ini," katanya lagi.


Baru-baru ini netizen mempersoalkan waktu kerja Rina sebagai menteri KPWKM yang terbazir kerana menggayakan fesyen di ruang pejabat kementeriannya, sedangkan kes-kes keganasan terhadap wanita meningkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan era kemelesetan ekonomi negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page