top of page

Tingkatkan latihan TVET untuk lonjak gaji lulusan teknikal



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta bergabung dalam mengendalikan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan guna tenaga dalam bidang tersebut untuk melonjakkan pembangunan negara.


Perdana Menteri berkata pihak syarikat tersebut juga boleh menentukan bentuk latihan bersesuaian dengan keperluan dalam pengembangan sesuatu pelaburan yang dilakukan syarikat tersebut seperti Proton, Petronas dan Tenaga Nasional Bhd.


Beliau berkata anjakan dalam pengendalian latihan TVET perlu dilaksanakan supaya ia dapat ditingkatkan bagi memenuhi keperluan termasuk di agensi-agensi kerajaan.


"Ini bermakna latihan profesional teknikal sudah menjadi sangat kritikal dan patut diangkat dan TVET di peringkat bukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) harus diperbaiki,


"Sebanyak 97 peratus lulusan dapat pekerjaaan tapi majoriti gaji sekitar RM2,000 sebulan kerana itu latihan harus ditingkatkan dengan keperluan Khazanah terlibat secara langsung dalam latihan TVET," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2023 (HPTN2023) di Putrajaya hari ini.


Hadir sama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.


HPTN diluluskan Jemaah Menteri pada Oktober 2018 untuk diadakan secara tahunan pada Sabtu pertama Disember sebagai penghargaan dan pengiktirafan jasa disumbangkan profesion teknikal dalam landskap pembangunan negara.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pada masa ini terdapat 64 buah syarikat dan GLC yang bersedia menyediakan latihan TVET mengikut keperluan pasaran semasa.


Jelas beliau melalui peningkatan latihan TVET, tenaga profesional teknikal berpeluang meriah pendapatan yang lebih tinggi.


"Sebab gaji RM2,000 tidak cukup untuk hidup zaman sekarang, kalau ada latihan tambahan seperti Petronas di Sarawak dan pusat latihan di Sabah dan Batu Rakit, Terengganu dengan sendiri (berlaku) peningkatan upah secara mendadak, RM2,000 ke RM3,500 buat permulaan dan sampai RM5,000 dan kimpalan sampai RM7,000 sebulan," katanya


Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, persepsi sekarang terhadap bidang TVET sudah banyak berubah berbanding dahulu, ia dianggap bidang yang tiada daya tarikan.


"Dahulu kalau mahu latihan teknikal...kurang tarikan kerana penekanan negara berbeza dan persepsi juga berbeza," ujar beliau.


Namun kata beliau keadaan itu sekarang sudah berbeza apabila berlaku peningkatan enrolmen pelajar peringkat Diploma bagi program TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi iaitu seramai 58,424 pelajar (45.3%) pada tahun 2021 dan ia meningkat kepada 85,535 pelajar (52.7%) pada tahun 2022.


"Justeru itu, pendedahan informasi berkaitan TVET perlu diperkasakan saban tahun dan HPTN dilihat antara platform yang boleh digunakan dalam menyebarluas informasi tersebut," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page