top of page

Tingkatkan kesedaran digital elak jadi mangsa hacker, scammer



Pada era maklumat di hujung jari risiko besar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat adalah terjebak menjadi mangsa hacker atau scammer.


Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Mutimedia (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil melancarkan Kempen Peningkatan Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Connectivity ke seluruh negara.


Bercakap kepada pemberita di kempen yang dianjurkan Dewan Blok D, Perumahan Pantai Pantai Permai petang tadi, beliau berkata melalui kempen tersebut pengguna peranti digital didedahkan betapa mudahnya mereka menjadi mangsa hacker atau scammer hanya dengan memuat turun aplikasi tertentu atau imbas kepada QR kod yang ditawarkan.


"Fokus program ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang kesedaran siber serta langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari menjadi mangsa scam.


"Termasuk dari segi cara kita mengendalikan diri daripada klik atau download aplikasi dari sumber tidak dikenali.


"Saya lihat warga cukup terkejut bila mereka melihat bagaimana telefon mereka boleh dihijack dan gambar boleh diambil (daripada memori) berdasarkan kepada aplikasi atau QR kod yang mereka imbas dan harapan saya dengan program ini mereka dapat satu kesedaran baru dan mengelakkan diri daripada jadi mangsa sama ada hacker atau scammer," katanya.


Fahmi dalam pada itu mengingatkan rakyat agar berhati hati mengendalikan akaun media sosial mereka. Pemilik akaun digesa menapis maklumat dan hanya menyebarkan hal yang sahih serta berhati hati tidak menyentuh isu 3R iaitu perkauman, agama Islam atau institusi raja raja.


"Ini penting kerana pihak polis telah membuat tangkapan terhadap pihak tertentu yang membuat posting di media sosial dan mendakwa (kandungan) bersifat 3R.


"Ini penting untuk saya nyatakan bahawa tidak wujud tanggapan individu tertentu sahaja tetapi sesiapa yang melanggar undang undang, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia serta Kanun Kesiksaan boleh di kenakan tindakan undang undang," katanya.


Sebelum itu, dalam ucapan di majlis berkenaan Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak menubuhkan Pasukan Petugas Siber dalam usaha bersepadu kedua-dua agensi untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera terhadap mana-mana individu yang memuat naik kandungan berita palsu dan tidak benar di media sosial di bawah seksyen 233 AKM 1998 dan Kanun Keseksaan.


Katanya, bagi tempoh antara 2018 sehingga 31 Mei 2023, sebanyak 230 aduan telah diterima dan disiasat oleh SKMM berhubung penyebaran berita-berita palsu di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Daripada jumlah itu, 13 kes telah didakwa di mahkamah yang mana kesemua kes telah selesai dan dijatuhkan hukuman denda dengan nilai keseluruhan RM32,300. Selebihnya, sama ada kes dikenakan notis amaran atau masih di dalam siasatan.


Fahmi juga menyeru rakyat agar memeriksa dahulu maklumat sebelum menyebarkannya melalui aplikasi SEBENARNYA.MY atau aplikasi MyCheck.My untuk mengesahkan kesahihan berita.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page