top of page

Tingkatkan kempen vaksinasi, PKP penuh putuskan rangkaian virus Covid 19


Kerajaan Perikatan Nasional digesa lebih proaktif dalam kempen vaksinasi bagi meningkatkan kesedaran rakyat untuk mengambil vaksin.


Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, S Gopalakrishnan berkata, lembabnya pendaftaran rakyat untuk program vaksinasi menunjukkan ketidakyakinan orang ramai terhadap suntikan melawan Covid itu.


"Makin ramai rakyat Malaysia tidak yakin untuk mendapatkan suntikan vaksin kerana tiada penjelasan atau penerangan yang mencukupi kepada masyarakat umum.


"Perkara yang perlu diambil kira adalah adakah vaksin selamat digunakan, kesan sampingan dan laporan selepas suntikan yang harus dimaklum secara berterusan untuk meyakinkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut ADUN Tiram itu lagi, data keselamatan vaksin Covid-19 AstraZeneca yang diperolehi daripada kajian klinikal setakat 4 November 2020 yang melibatkan kira-kira 12,000 sukarelawan misalnya, menunjukkan tiada kesan sampingan yang teruk dilaporkan. Tetapi, katanya, adakah kajian itu berterusan untuk mengenalpasti keberkesanan bagi setiap jenis vaksin yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?


"KKM harus membuat program-program kesedaran pentingnya mendapatkan suntikan vaksin demi kesihatan dan melindungi diri dari jangkitan wabak Covid19.


"Sehingga kini, tidak kelihatan program atau saranan dari kerajaan bahawa vaksinasi adalah wajib.


"Kerajaan juga harus tetapkan vaksin yang sama untuk semua rakyat Malaysia dan bukan memberi opsen terbuka untuk memilih seolah olah kerajaan tidak pasti keberkesanan dan kesan sampingan atau vaksin yang sesuai untuk rakyat," katanya.


Di samping itu, Gopalakrishnan juga mencadangkan agar kerajaan PN mengadakan total lock down atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh menjelang cuti perayaan Aidilfitri bagi mengelakkan wujud kluster perayaan yang akan menambah lagi jangkitan harian selepas ini.


"Pelaksanaan PKP 3.0 akan melambatkan lagi proses suntikan vaksin. Tambahan pula, tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya dan sudah tentu akan ada kluster baharu. Dijangka kes harian boleh mencecah 5,000 sehari jika kerajaan masih tidak mampu mengawal pergerakkan.


"Sebelum keadaan bertambah buruk, saya mencadangkan kerajaan melaksanakan “Full Lock Down” untuk mengawal jangkitan dan dalam tempoh tersebut KKM boleh mempercepatkan proses suntikan vaksin. Harap rakyat juga akan memberi kerjasama dan mematuhi segala SOP yang telah disediakan oleh KKM," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page