Keganasan rejim Israel ke atas umat Islam Palestin wajar dikutuk oleh rakyat Malaysia dengan apa sahaja cara.
Sehubungan itu, Pusat Media Digital, Keselamatan Siber dan Komunikasi (CDCS) serta Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO) menganjurkan rakyat Malaysia prihatin agar memulakan kempen mengecam Israel menerusi media sosial.
"CDCS dan MEMO terus menyokong para netizen Malaysia untuk membuat komen di page-page Israel dan sekutunya bagi menandakan sokongan rakyat Malaysia bersama Palestin dan melemahkan psikologi page Zionis.
"Namun begitu, beberapa hari ini, pentadbir page Israel dan pihak berkuasa Israel telah dapat mengesan keberadaan komen-komen netizen Malaysia sehingga menggelar dan menempelak netizen kita.
"Oleh yang demikian, CDCS dan MEMO ingin memberikan panduan serta tips kepada netizen agar terlindung dari ancaman siber dan data peribadi kita terpelihara dari pengodam musuh," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan media.
Pertubuhan terbabit menyarankan agar pengguna media sosial melakukan langkah berikut bagi meneruskan kecaman:
1) Pastikan laman Facebook anda tidak meletakan email, gambar yang nyata, nombor telefon, alamat rumah dan maklumat peribadi yang terperinci jika ingin membuat komen atau membalas hujahan di laman facebook Israel;
2) Pastikan perkataan-perkataan Israel atau lain-lain yang perkataan yang rijik dalam Bahasa Inggeris tidak digunakan secara word sebenar, sila gunakan ayat seperti IS—Rael Takoot, perbanyakkan gunakan bahasa ibunda kita dan ayat-ayat yang tidak boleh dikesan oleh pihak pentadbir Facebook;
3) Perbanyak guna Hashtag #GazaUnderAttack #SoladiritiBersamaGAZA #GazaForPeace #SoladirityPalestine dan Hashtag yang sedang trending ketika ini;
4) Perlu diingat pemilik Facebook adalah berbangsa Israel dan mereka telah memperketatkan pantauan di Facebook IP Malaysia serta akan memusnahkan laman Facebook individu, justeru anda digalakan membuat backup dan Facebook kedua, ketiga dan seterusnya bagi menyelamatkan data peribadi;
5) Untuk mengelakkan agroridam, pastikan pemilik page menghindari perkataan yang boleh dikesan oleh Israel termasuk jangan berkongsi page Israel di page peribadi anda;
6) Dilarang untuk Like, Follows atau Add Friend kepada page atau Facebook peribadi orang Israel dan sekutunya bagi mengelakkan mereka mendapat like dan followers percuma dari anda serta memanipulasi page mereka.
Menurut kenyataan itu lagi, CDCS dan MEMO akan terus membuat pemantauan, tinjauan dan siasatan dalam alam siber mengenai laman-laman Israel dan sekutunya untuk memastikan matlamat soladiriti untuk rakyat dan negara Palestin dapat diteruskan secara besar-besaran.
Comments