top of page

Tingkatkan ekonomi anak muda, bank wajar beri moratorium automatik


Perwakilan KEADILAN Negeri Selangor, Khairool Ngadon menyifatkan golongan belia berdepan dengan cabaran besar dan ia menjadi lebih parah ketika berdepan dengan pandemik Covid-19.


Katanya, golongan anak muda ketika ini didapati paling banyak mengisi kategori B40 kerana terbeban dengan hutang dan sukar untuk menambah pendapatan malah ramai dibuang kerja.


"Antara masalah anak muda ketika ini adalah status pekerjaan tidak tetap dan tidak menjamin masa depan, kerana kebanyakan syarikat mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengurangkan jumlah pekerja sekiranya syarikat tidak lagi mampu menampung kos pekerja.


"Gaji minima yang tidak setimpal membuatkan anak muda terbeban dengan sara hidup dan gaya hidup masing-masing dan anak muda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi.


"Malah gaji cukup makan membuatkan mereka sukar memberi sedikit sumbangan kepada ibu bapa," katanya ketika membahaskan usul sempena Kongres Nasional Kali Ke-15.


Justeru, katanya, adalah perlu untuk memperbanyakkan ruang pekerjaan yang lebih fleksibel kepada anak muda yang kini lebih kreatif dalam alam pekerjaan.


"Mereka wajar diberikan bantuan seperti latihan kondusif dan modal bagi memulakan perniagaan dan masa yang sama mengawasi perbelanjaan.


"Pinjaman bagi peniaga kecil dengan pengecualian faedah bagi tempoh tertentu juga boleh dilakukan bagi memastikan anak muda bukan setakat mencuba untuk mengembangkan perniagaan tetapi memastikan anak muda komited dengan perniagaan yang mereka ceburi," katanya.


Dalam pada itu, Khairool menempelak kenyataan menteri kewangan yang memaklumkan bahawa kerajaan tiada kuasa untuk mengawal bank-bank tempatan dalam memberi moratorium.


"Kerajaan sebenarnya boleh mengarahkan untuk berbuat demikian, adakah kerajaan memikirkan survival bank atau survival rakyat?


"Bank mencatatkan keuntungan antaranya Ambank RM4.76 bilion, Public Bank RM4.8 bilion, RHB Bank RM2.3 bilion, Maybank RM6.48 bilion, CIMB RM7.19 bilion.


"Ini bermakna status kewangan bank ketika ini tidak ada masalah untuk memberikan moratorium secara automatik," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page