top of page

Tingkat penguasaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris tahun hadapan



Oleh: Abdullah Zaid


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar mutu penguasaan Bahasa Melayu terus diperluaskan manakala bahasa Inggeris dipertingkatkan dalam sistem pendidikan mulai tahun depan.


Menurut Perdana Menteri, penguasaan dwi-bahasa itu penting bagi menjadikan Malaysia pilihan dalam kalangan pelabur dari negara maju.


"Kalau ini diterima baik, penguasaan Bahasa Melayu dalam program pengajian dan kokurikulum ditingkatkan.


"Jadi mulai tahun depan, kita mahu mutu penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan di negara kita


"Ini baru win-win. Kalau saya mula dengan bahasa Inggeris tinggalkan bahasa Melayu, tak mungkin," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat penggulungan Kongres Nasional KEADILAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.


Jelasnya, dalam memastikan sistem pembelajaran adil dan saksama, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kepentingan bahasa lain juga akan diberi perhatian.


"Begitu juga kemudahan-kemudahan Tamil, Mandarin dan bahasa suku kaum kita beri kemudahan, tiada rugi pun," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page