Tingkat kualiti pendidikan: Selangor kukuh kerjasama strategik bersama JPNS
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor terus komited memperkukuh kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), khususnya dalam menangani isu sekolah padat dan meningkatkan kualiti pembelajaran.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sektor pendidikan kekal sebagai keutamaan pentadbiran negeri memandangkan Selangor mencatat hampir satu juta pelajar — antara jumlah tertinggi di negara ini.
"Saya menekankan kepentingan kerjasama erat Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk memperkasa kualiti pendidikan dengan memberi tumpuan kepada tiga elemen utama, pelajar, guru dan ibu bapa.
"Pelbagai inisiatif pendidikan di bawah pelaksanaan agensi seperti Yayasan MBI, Yayasan Selangor juga akan terus diperkukuh di bawah kerjasama ini," katanya dalam muat naik di media sosial.
Terdahulu, Amirudin menerima kunjungan hormat Pengarah Pendidikan JPNS, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim di pejabatnya pada Khamis.
Wan Nor Ashikin dilantik sebagai Pengarah JPNS yang baharu berkuat kuasa pada 7 Januari 2026.
Sementara itu, Amirudin menerusi hantarannya menyatakan keyakinan bahawa melalui kerjasama strategik berterusan, ekosistem pendidikan Selangor yang lebih inklusif, berkualiti dan berdaya saing di negeri Selangor mampu dibina.









Comments