top of page

Tingkat hasil negeri: Semak kadar fi Pejabat hak milik strata


Oleh: Abdullah Zaid


Bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari bercadang untuk menyemak semula kadar bayaran fi Pejabat (office fees).


Katanya, semakan itu perlu dilakukan kerana kali terakhir kadar tersebut disemak dalam Selangor Land (Amendment) (No. 2) Rules 2007.


"Oleh itu, adalah wajar kadar sedia ada ini disemak semula sesuai dengan situasi dan keadaan semasa," katanya di Dewan Negeri Selangor, hari ini.


Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang mempunyai jumlah hak milik tertinggi dengan anggaran 1.5 juta hakmilik tanah dan 800,000 hakmilik strata.


"Jumlah ini akan semakin bertambah memandangkan Selangor mempunyai pasaran nilai hartanah yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, terutamanya hakmilik strata yang mencatatkan trend jumlah pengeluaran hakmilik yang sangat tinggi dari tahun ke tahun," ujarnya.


Dalam pada itu, katanya, kadar fi Pejabat yang dikenakan oleh negeri Selangor adalah lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.


"Sebagai contoh, kadar bayaran pindahmilik tanah bagi negeri Selangor masih pada kadar yang ditetapkan dengan kadar maksimum RM1,500 bagi pindahmilik yang nilaian hartanahnya melebihi RM1 juta," jelas Amirudin.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page