top of page

Tingkat caruman KWSP: Jangan cipta persepsi burukkan kerajaan - MTUC




Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membidas dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) kononnya sejuta orang akan hilang pekerjaan sekiranya kerajaan meningkatkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi majikan.


Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata amaran dinyatakan Pemangku Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon itu hanya andaian yang tidak disertakan dengan data.


Malah jelasnya, dakwaan itu juga seolah-olah bertujuan untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan.


"Penambahan caruman KWSP bukan untuk mengayakan sehingga membolehkan pekerja memiliki rumah dan kereta mewah tetapi sekadar untuk menampung kehidupan hari tua.


"Maka dengan konsep Madani, majikan perlu mempunyai ihsan terhadap pekerja," katanya dipetik FMT.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata, kerajaan akan membincangkan cadangan tambahan peratusan KWSP bahagian majikan dari 13 peratus kepada 20 peratus.


Ia sebagai langkah mengatasi isu 71 peratus pencarum KWSP aktif berusia 55 tahun ke bawah tidak mempunyai wang yang cukup untuk bersara di atas paras kemiskinan negara susulan kebenaran empat pengeluaran khas KWSP semasa penularan wabak baru-baru ini.


Norsyahrin ketika mengulas perkara itu berkata, cadangan untuk meningkatkan kadar caruman KWSP majikan kepada pekerja merupakan cadangan tidak wajar kerana banyak perusahaan makro, kecil dan sederhana (PMKS) masih bergelut susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikenakan sebelum ini.


Beliau bimbang, sekiranya cadangan itu dilaksana ia akan menyebabkan PMKS berdepan kenaikan kos dan terpaksa membuang pekerja bagi terus bertahan.


Bagaimanapun tegas MTUC, langkah meningkatkan kadar caruman majikan kepada pekerja itu akan memanfaatkan rakyat terutama golongan pekerja sendiri.


Justeru mereka menasihatkan semua pihak agar tidak memberi gambaran buruk terhadap cadangan tersebut.


"Kami berharap cadangan kenaikan caruman KWSP berjaya direalisasikan dan perbincangan segera dengan pihak berkepentingan dapat dilakukan," jelas Kamarul Baharin lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page