top of page

Tingkat capaian internet di Sabah, bantu tarik pelancong - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

Datuk Fahmi dalam sidang media sempena lawatan kerja beliau ke Sabah
Datuk Fahmi dalam sidang media sempena lawatan kerja beliau ke Sabah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi digesa mengambil langkah segera untuk meningkatkan kualiti Internet di kawasan pelancongan di Sabah.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, selain memastikan perkhidmatan komunikasi terbaik, langkah itu juga membolehkan pelancong memanfaatkan kelajuan Internet untuk berkongsi pengalaman percutian mereka termasuk mengenai keindahan negara khususnya di Sabah di media sosial.


"Kita ingin memberi fokus kepada kemudahan Internet laju, lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.


"Selain liputan mudah alih, kemudahan wifi awam juga perlu dipertingkatkan supaya pelancong boleh memuat naik apa yang mereka saksi untuk kandungan media sosial sekaligus memperluaskan promosi dalam talian.


"Usaha ini dijangka memberi limpahan ekonomi kepada pengusaha tempatan," katanya dipetik.


Terdahulu beliau mengadakan lawatan kerja di Pusat Pemuliharaan Orang Utan dan Rainforest Discovery Centre, Sepilok pada Sabtu.


Pada lawatan itu, satu sesi ujian liputan Internet membabitkan lima penyedia rangkaian telekomunikasi telah dijalankan.


Hasil ujian mendapati rata-rata mendapat kadar liputan kelajuan antara 89 hingga 200 megabait sesaat.


"Selain Sepilok, kita juga dapati kawasan pelancongan lain seperti Pulau Sipadan, Semporna, (amat) terkenal sebagai kawasan selam dunia.


"(Pulau) Sipadan ini kawasan yang langsung tidak ada bekalan kuasa atau bekalan amat terhad tapi ramai pelancong. Jadi kita mahu pastikan tempat seperti ini mempunyai liputan komunikasi yang baik," katanya.


Sehubungan itu jelas Fahmi, kementeriannya akan mengadakan sesi libat urus dengan pusat pelancongan di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Sabah untuk menjadikan industri pelancongan berkembang pesat dengan bantuan capaian komunikasi dan Internet yang lebih baik.

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page