top of page

Tinggalkan Bersatu kerana semakin ekstrem - Dr Faiz



Bersatu ditubuhkan untuk menjadi alternatif kepada UMNO bagi orang Melayu yang moderat.


Banyak pemuda Melayu menyertai parti itu pada awal penubuhannya kerana mahukan perubahan corak siasah dan menolak politik ekstrem Melayu UMNO pada ketika itu.


Namun selepas 6 tahun penubuhan Bersatu, hari ini parti itu terbalik, dan UMNO pula kelihatan lebih moderat di dalam Kerajaan Perpaduan.


Bagi bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman, kecenderungan politik Bersatu yang semakin ekstrem bersama Pas menyebabkan beliau mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut Ogos lalu.


"Sebelum ini UMNO guna semangat kebangsaan dan dikaitkan dengan Ketuanan Melayu, namun (bagi saya) semangat kebangsaan perlu kepada semua kaum supaya memiliki perasaan nasionalistik seperti mana negara jiran Indonesia.


"Sebagai seorang nasionalis moderat, platform ini kena ada. Jadi saya tengok Bersatu, itu (perjuangkan semangat nasionalistik) yang patut membezakannya daripada UMNO.


"Sekarang ini pula Bersatu telah pergi kepada Pas, dan jadi perkauman, bila jadi macam itu kaum lain di Malaysia termasuk di Borneo macam mana kita nak sebarkan semangat kebangsaan.


"Indonesia dalam proses menyatukan bangsa sampai ketahap radikal rebranding bahasa Melayu ke bahasa Indonesia supaya kaum lain boleh terima bahasa kebangsaan, bukan terima bahasa etnik lain (sebagai bahasa kebangsaan)," katanya dalam program "Borak Dahsyat: Perjuangan Suci Atau Sia sia?" malam tadi.


Tegas beliau, idea untuk menggunakan bahasa Malaysia dan bukan bahasa Melayu tidak diterima dalam Bersatu sedangkan bagi beliau yang berjiwa moderat, tidak salah bahasa Melayu itu dijadikan bahasa kebangsaan dengan diubah kepada bahasa Malaysia dengan memajmukkan istilahnya.


Beliau turut tidak bersetuju apabila Bersatu dan Pas melaksanakan politik menakut nakutkan orang Melayu kononnya hak istimewa kaum itu akan direngut DAP dalam Kerajaan Perpaduan.


Katanya, hak di bawah Perkara 153 Perlembagaan jika mahu diusik sekali pun perlu mendapatkan persetujuan Raja raja Melayu dan hal itu tidak perlu dijadikan bahan politik.


"Bila saya muhasabah balik, saya rasa platform ini tidak rasional. Dia buat saya makin ekstrem. Bercakap pun tak macam nasionalis moderat, dah macam far right movement. Jadi itu bukan diri saya," katanya.


Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 15, kata Dr Faiz, dan meneliti perkembangan dalam negara apabila Yang di-Pertuan Agong mahukan Kerajaan Perpaduan serta mahu menghentikan politicking melampau maka beliau berasa perlu membuat keputusan.


Katanya, tiada siapa menyangka DAP dan UMNO boleh duduk dalam satu kerajaan agar pada masa hadapan Malaysia tidak bergerak ke arah ekstremisme.


"Saya tengok DAP dalam Kerajaan Perpaduan mereka pun dah moderat, tak seperti mana digambarkan.


"Di pihak sama, UMNO pun perlu seperti itu. Kita kenal pasti kelemahan kaum kita sendiri. Kelamahan pengetahuan, pendidikan, sikap, dan itu kita kena perbaiki dahulu.


"Cara politik PN sekarang ini timbulkan paranoia, buat orang Melayu macam ada musuh. Macam negara hendak ditawan dari dalam.


"Kamu berfikir macam itu, kamu perkecilkan kuasa Raja Melayu, polis, tentera Malaysia. Seolah olah negara ini tak ada undang undang. Kita kaum majoriti, kita pula takut berlebihan," katanya lagi.


Dr turut berkata, Bersatu tidak mempunyai masa hadapan dengan perjuangan Pas yang menumpukan kaum Melayu.


Beliau menyedari hal itu pada waktu berkempen PRU 15 sebagai calon di parlimen Bagan Datuk. Tanpa disedari, katanya, banyak calon dari Bersatu bila digabungkan dengan jentera Pas terpaksa mengikut rentak kempen mereka.


"Bukan kata Pas langsung tidak bagus, dia ada sisi positif, dari segi kerahan tenaga kita tak nafikan. Cuma pendekatan mereka di tempat majmuk.


"Walau tempat itu ada sedikit majoriti orang Melayu tetapi apabila kamu guna pendekatan kurang sesuai, nampak di situ, saya tengok sama ada rakan komponen PN ini tidak memahami kemajmukan rakyat negara kita, atau pun sebenarnya mereka selesa untuk mendapat undi di kalangan Melayu sahaja," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page