KEADILAN Johor perkukuh akar umbi melalui siri ceramah rakyat
- Redzuan Shamsudin

- 1 hour ago
- 1 min read

KEADILAN Johor meneruskan usaha memperkukuh organisasi di peringkat akar umbi menerusi penganjuran siri ceramah rakyat di Taman Suria, dalam kawasan DUN Parit Yaani, kelmarin.
Program tersebut disertai Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Md Ysahrudin Kusni bersama Ketua Cabang Sri Gading, Saad Salleh.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim, program berkenaan menjadi platform mendekati masyarakat setempat serta menyampaikan mesej perjuangan parti.

"KEADILAN Johor menerusi Md Ysahrudin Kusni bersama Saad Salleh telah mengadakan siri ceramah rakyat di Taman Suria, Batu Pahat dalam DUN Parit Yaani," katanya dalam muat naik di media sosial.
Beliau berkata, selepas ceramah berlangsung, satu lagi langkah pengukuhan organisasi turut dilaksanakan di peringkat komuniti.
"Usai ceramah, Timbalan Pengerusi turut merasmikan penubuhan Ranting KEADILAN Beroleh Tengah serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat di DUN Parit Yaani," ujarnya.
Tambah beliau, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan KEADILAN Johor dalam memperluas pengaruh dan mendekati rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan pada bila bila masa.
"Komitmen ini mencerminkan kesungguhan KEADILAN Johor untuk terus memperkukuh organisasi di akar umbi, mendekati rakyat serta membawa agenda perjuangan yang lebih dekat dengan masyarakat," katanya lagi.




Comments