top of page

Tinggal sehari untuk mendaftar undi secara pos



Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara berumur di atas 18 tahun diseru agar mendaftar segera menjadi pengundi pos kerana tarikh tutup permohonan Undi Pos adalah pada 23 Oktober 2022.


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam klip video terbaharunya merayu pengundi di luar negara beramai ramai mendaftar kerana kali ini semua rakyat Malaysia yang melepasi usia layak mengundi akan dibenar mengundi secara automatik.


"Anda warganegara Malaysia menetap di luar negara? Jangan lupa mendaftar sebagai pengundi pos.


"Selaku pengundi pos apa yang perlu anda buat? Pertama layari laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Daftar akaun MySPR, dan aktifkan akaun anda selaku pengundi pos," katanya.


Selain itu, kata Nurul, terdapat 5 langkah penting yang perlu dilakukan untuk memastikan pendaftaran tersebut sempurna dan akan dijawab oleh SPR.


"Selepas aktifkan, pergi ke laman web SPR. Ada 5 langkah. Pertama log in, kedua klik permohonan undi pos, ketiga klik borang permohonan, keempat pilih kategori pengundi luar negara. Lengkapkan maklumat dan hatar permohonan anda.


"Kelima emel berkenaan permohonan sama ada diterima atau ditolak akan dihantar selepas permohonan diproses. Tolong buat secepat mungkin dan selamat mengundi," katanya lagi.


Para pengundi pos atau saudara mara pengundi pos di Malaysia diseru untuk masuk ke pautan: https://myspr.spr.gov.my/login bagi pendaftaran undi pos atau memberi link kepada mereka yang berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page