top of page

Tindakan Terengganu tolak Akta Laut Wilayah 2012 hipokrit - Fahmi



Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan keputusan Kerajaan Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012 sebagai tindakan sinikal dan hipokrit.


Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Pas dari negeri itu termasuk Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas membantah rang undang-undang tersebut ketika ia dibentang, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat.


"Saya meneliti semula hansard ataupun penyata rasmi Dewan Rakyat sekitar 18, 19 April 2012 sewaktu Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 dibentang, dibahas dan diluluskan.


"Dalam sesi yang mengambil masa lebih kurang dua, tiga jam terdapat 21 Ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan bagi Akta Laut Wilayah ataupun Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 pada waktu itu.


"Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari Terengganu terutama daripada parti Pas, termasuklah Ahli Parlimen Marang terlibat dalam perbahasan pada waktu itu," katanya dipetik.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui hantaran di Facebooknya pada Khamis dilapor berkata sidang DUN Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012.


Akta tersebut menurutnya membataskan hak negeri itu menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) daripada garis air surut wilayah Terengganu.


Sementara itu Fahmi menyarankan Ahmad Samsuri supaya bertanya kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengapa presiden Pas itu tidak menggunakan peluang di Dewan Rakyat melakukan bantahan ketika rang undang-undang tersebut dibentang dan dibahaskan.


"Jangan jadi hipokrit, Menteri Besar Terengganu perlu tanya dengan Ahli Parlimen Marang kenapa waktu rang undang-undang ini dibahaskan, Ahli Parlimen Marang diam seribu bahasa dan kalau sekiranya isu dia adalah mengenai kuasa, kenapa tidak ada satu perkara pun dilakukan dalam tempoh 33 bulan parti Pas terlibat dalam kerajaan di Putrajaya," katanya.


Untuk rekod, sebelum ini penganalisis politik mempersoalkan tindakan Pas sebagai komponen Kerajaan Persekutuan (2020 - 2022) yang tidak meminda Akta Laut Wilayah 2012 sewaktu mereka berkuasa, sedangkan akta berkenaan telah menjadi topik hangat Pas menghentam Kerajaan berkenaan isu royalti petroleum Terengganu, sama ada ketika mereka memerintah negeri itu pada 1999 - 2004 atau selepasnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page