top of page

Tindakan tatatertib FIFA: Malaysia akan fail rayuan isu dokumentasi pemain

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 7
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan (gambar), menegaskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengumumkan serta memfailkan rayuan berhubung isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan yang menjadi kontroversi ketika ini.


Katanya, beliau telah membaca Alasan Penghakiman yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia tidak akan berdiam diri mengenai hal tersebut.


''FAM tidak boleh berdiam diri dan mesti menjawab secara jelas tentang segala pendedahan yang dibuat oleh FIFA.


''Penyokong bola sepak tanah air berasa terluka, marah dan kecewa.


''Kita juga tidak boleh melupakan pasukan Harimau Malaya yang akan menentang Laos minggu ini. Kepada pemain Malaysia, kami sentiasa bersama anda,'' katanya dalam satu muat naik di media sosial hari ini.


Bulan lalu, FAM dan tujuh pemain warisan dilaporkan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.


Tujuh pemain warisan yang dikenakan tindakan adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.


FIFA menerusi kenyataan memaklumkan FAM menyerahkan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain, sekali gus membolehkan mereka diturunkan dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu.


Susulan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page