Tindakan sepihak Bersatu dalam PN buat Pas tidak selesa - Penganalisis
- Suara Keadilan

- Sep 16
- 1 min read

Parti Pas dilihat semakin tidak selesa dengan tindakan politik sepihak yang dilakukan Parti Bersatu dalam menentukan hala tuju Perikatan Nasional (PN).
Pensyarah Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim (gambar) berkata, keresahan itu sebenarnya telah lama berakar dalam kalangan pemimpin Pas sejak beberapa keputusan kritikal berkaitan gabungan itu dibuat.
"Bermula dengan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN, peletakan jawatan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri sebagai Bendahari PN, desakan penstrukturan semula organisasi PN.
"Keadaan bertambah tegang apabila parti Bersatu secara sebelah pihak mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri," katanya dipetik.
Mengulas lanjut beliau berkata, dalam konteks kerjasama dalam gabungan pembangkang itu, Pas lebih memiliki kekuatan akar umbi dan jentera parti, sedangkan Bersatu banyak bergantung kepada sokongan akar umbi dan jentera dari parti Pas.
"Tanpa sokongan Pas, PN tidak akan ke mana, bahkan bakal ranap," katanya.
Dipetik laporan itu, Dr Mohd Yusri juga menyifatkan PN khususnya Pas tiada pemimpin parti itu yang benar-benar mempunyai keterampilan menyeluruh untuk dilantik sebagai calon Perdana Menteri.
"Pas mendakwa mempunyai ramai calon berwibawa, namun saya belum nampak individu yang benar-benar layak - apatah lagi menyaingi kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya lagi.









Comments