top of page

Tindakan Israel perluas penempatan haram dikecam - Nurul Izzah



Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) mengecam keras tindakan rejim Israel mempercepatkan dan memperluas penempatan haram di Baitulmaqdis Timur, dengan 20 projek baharu dilancarkan sejak Israel melancarkan perang ke atas Gaza enam bulan lalu.


Penasihat MAHAR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan tersebut sebagai mengambil kesempatan di tengah-tengah pembantaian dan genosid yang dilakukan oleh rejim itu di Semenanjung Gaza.


"Tindakan itu adalah sebahagian daripada rancangan untuk 'membanjiri Baitulmaqdis dengan penempatan dan penerokaan haram Israel, sekali gus memisahkannya daripada persekitaran Palestin.


"Terkini, pendatang haram dengan bantuan tentera Israel memusnahkan jalan raya, kedai-kedai, bangunan.


"Kejadian di kem pelarian Nur Shams di bandar Tulkarem, Tebing Barat telah memyebabkan 14 orang dibunuh dan puluhan cedera. Ini adalah tindakan keterlaluan oleh rejim Israel," katanya dalam kenyataan kepada Suara Keadilan hari ini.


Nurul Izzah berkata penempatan Israel di wilayah yang diduduki adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa, namun tidak pernah diendahkan regim Zionis itu kerana tidak pernah dikenakan sebarang tindakan atau hukuman daripada agensi antarabangsa.


Sehingga kini 468 orang telah syahid di Tebing Barat dimana 120 daripadanya adalah kanak-kanak.


Mengambil kira perkembangan terbaru Iran-Israel, MAHAR menyeru masyarakat sivil tempatan dan antarabangsa untuk terus memberi keutamaan perhatian kepada usaha menyelamatkan nyawa di tengah-tengah genosid yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh rejim penjajah Zionis.


"MAHAR juga menyeru untuk semua pihak agar memberikan tekanan agar gencatan senjatan dilakukan dan tentera Zionis segera meninggalkan Gaza.


"Tindakan Israel menyerang Iran serta negara-negara jirannya dilihat sebagai satu helah mengalih perhatian daripada perbuatan terkutuk yang oleh mereka terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza," katanya.


Jelas Nurul Izzah perkara yang lebih merisaukan adalah rancangan Israel untuk menyerang Rafah di mana lebih 1.3 juta penduduk Gaza yang telah kehilangan tempat tinggal sedang berlindung di kem-kem pelarian.


Sasaran terbaru Israel di Gaza adalah pengamal media, pekerja kemanusiaan dan bantuan-bantuan kemanusiaan yang bertujuan untuk menambah kesengsaraan kepada penduduk pada masa yang sama menghadkan laporan dan perkembangan di sana, ujarnya.


Pembunuhan lebih 34,000 nyawa dalam tempoh lebih 190 hari di Gaza termasuk kematian terkini tujuh sukarelawan kemanusiaan Ops Ihsan yang terkorban akibat serangan semasa pengagihan bantuan di Kem Al-Nuseirat menggariskan keperluan mendesak untuk penamatan segera pembunuhan beramai-ramai ini.


"Walaupun banyak negara menyuarakan resolusi ke PBB, Israel tetap meneruskan serangan sewenang-wenangnya terhadap rakyat Palestin seperti serangan udara yang menyasarkan kem pelarian Shati, utara Gaza pada 12 April semasa sambutan Aidilfitri dan usaha amal World Central Kitchen (WCK) pada 4 April.


"Usaha bantuan kemanusiaan Ops Ihsan yang dikelolakan oleh MAHAR juga nyaris diancam bahaya dalam serangan terbaru," katanya.


Dalam usaha untuk memberi bantuan kepada masyarakat Gaza secara berterusan, MAHAR bersama-sama rakan NGO lain melancarkan Dapur Ihsan yang akan menyediakan makanan bermasak kepada keluarga pelarian di sekitar Deir al Balah, Gaza.


Dapur ini berkemampuan menyediakan 49,000 hidangan sehari dengan kelolaan 14 tukang masak and 25 orang sukarelawan.


Pada bulan Ramadan ini sahaja, melalui kutipan dari orang ramai jumlah pengeluaran makanan untuk berbuka puasa mencecah lebih satu juta hidangan yang memberi manfaat kepada mereka yang berada di Deir al Balah, Nusairat, Al Maghazi dan sehingga keutara di Sheikh Radwan.


Kawasan-kawasan ini menempatkan lebih 150,000 pelarian yang telah kehilangan segalanya ekoran tindakan kejam rejim Zionis.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page