
Ketua AMK, Akmal Nasir menyifatkan 'ribut' politik di Negeri Sembilan baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku.
Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh empat ADUN KEADILAN baru-baru ini bahawa kononnya telah hilang kepercayaan kepada Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun adalah satu tindakan yang dangkal yang hanya memburukkan nama parti.
"Tatkala rakyat mahukan parti-parti politik bergerak menjangkaui ketidakstabilan politik, masih ada sekelompok pemimpin yang masih gemar bermain politik, yang akhirnya hanya akan mendatangkan persepsi buruk rakyat terhadap parti.
"Sebab itu ada yang hairan, kepala air di Yan, tapi ributnya di Negeri Sembilan?" soalnya.