top of page

Tindakan bakar al Quran kurang ajar, seolah olah isytihar perang



Tindakan ahli politik haluan kanan Sweden, Rasmus Paludan membakar al Quran disambut protes di hadapan kedutaan Sweden di Kuala Lumpur hari ini.


Menurut Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, tindakan Paludan tersebut seolah olah mengisytiharkan perang terhadap umat Islam di seluruh dunia.


Katanya, ahli politik berkenaan seharusnya mengambil pendekatan yang tidak mengina agama lain untuk meraih populariti.


"Bagi saya ini satu perbuatan mengisytiharkan perang. Bukan sahaja kepada kerajaan Turkiye tetapi juga kepada seluruh umat Islam.


"Tadi waktu kami mengadakan perjumpaan (bersama staf kedutaan Sweden) kami disambut dengan baik oleh pihak kedutaan. Duta pada waktu ini berada di Sweden tetapi dia akan sampaikan memorandum (yang dihantar) kepada PM.


"Memorandum ini untuk mereka lebih mengenali Islam," katanya yang mewakili KEADILAN pagi ini bersama sama beberapa pemimpin politik dan NGO menghantar memorandum ke bangunan kedutaan.


Azmi Hamid (kiri) menghadiahkan al Quran untuk bacaan pihak kedutaan Sweden dalam memahami Islam

Fakhrulrazi mengecam ahli politik haluan kanan Sweden yang telah melakukan kebidapan membakar al Quran buat kali ketiga yang menunjukkan sikap mundurnya biar pun berada di negara demokrasi yang maju.


"Atas sebab itu kita menyatakan bantahan agar perkara ini tidak berulang.


"Tindakan ini tidak boleh diterima oleh mana mana bangsa sekali pun. Walaupun mereka telah membakar al Quran tetapi kita tidak membalas tindakan sama sebab Islam tidak mengajar begitu.


"Hari ini kita membuktikan kepada dunia dan ahli politik yang kurang ajar ini (Paludan) bahawa kami menentang sekerasnya tindakan penghinaan ini terhadap agama Islam. Kita tidak boleh berkompromi perkara ini," katanya.


Fakhrulrazi sebaliknya mahu Sweden melihat keadaan masyarakat berbilang agama di Malaysia yang hidup aman damai untuk dicontohi oleh masyarakat di negara itu.


Turut kelihatan menghantar memorandum itu adalah Presiden NGO Teras Azmi Abd Hamid, Penasihat Amanah Datuk Seri Ahmad Awang serta beberapa pimpinan NGO lain.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page