Tindak tanduk Gerakan: Islam terancam dalam PN?
- Suara Keadilan
- Aug 29, 2023
- 2 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Perikatan Nasional (PN) memfitnah kononnya 'Islam terancam' dalam pemerintahan Kerajaan Perpaduan sejak November 2022 sehinggalah Pilihan Raya Negeri baru baru ini.
Namun apabila Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mahu dilaksanakan Kerajaan, komponen PN, parti Gerakan adalah penentang utama modul tersebut di sekolah awam kepada pelajar Islam.
Sebelum itu, Gerakan juga menentang keras hukum hudud yang diperjuangkan Pas.
Bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, rakyat seharusnya sedar di manakah Islam sebenarnya terancam, di dalam PN ataupun Kerajaan Perpaduan yang ada DAP.
Oleh itu, katanya, gabungan PN yang diterajui Pas tidak boleh mendabik dada sebagai pembela Melayu-Islam kerana sekutu Cina mereka sendiri sangat keras terhadap Islam.
Lebih malang, katanya, Pas tidak mengecam secara terbuka tindakan Gerakan sebagaimana mereka melakukannya terhadap DAP.
"Ia bukan kali pertama bantahan seperti ini berlaku, tetapi kita lihat Pas tidak ada yang berani atau secara secara terbuka menegur Gerakan.
"Walaupun ada yang menegur tetapi teguran itu lebih fokus kepada MCA dan NGO (Badan Bukan Kerajaan) tanpa menyebut (nama) Gerakan.
"Maknanya kalau dengan kawan-kawan mereka lunak dan lembut (biar sekuat mana pun lawan Islam) tetapi bila dengan DAP cara mereka begitu keras sekali," katanya keyika dihubungi.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lalu melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bertujuan memupuk penghayatan hadis di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) melibat pelajar dan guru Islam seluruh negara.
Rentetan daripada itu, Gerakan bersedia membawa isu tersebut ke mahkamah demi menjaga membela hak-hak orang bukan Islam.
Biar pun Gerakan telah mengendurkan pendiriannya kelmarin namun umat Islam Malaysia perlu melihat parti Cina mana yang lebih berkompromi dengan perjuangan Melayu-Islam, sama ada DAP atau Gerakan.
DAP sejak bermula isu pengajaran hadis 40 Imam Nawawi itu bukan sahaja tidak membantah tetapi bersedia memberi penjelasan kepada masyarat Cina bahawa modul tersebut tidak melibatkan anak anak mereka.
コメント