top of page

Timbalan Pengerusi MPN ketuai Majlis Penatua tadbir KEADILAN Sarawak



KEADILAN Sarawak mengesahkan pembentukan Majlis Penatua (Council of Elders) bagi mentadbir parti itu secara sementara di Sarawak.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, Majlis Penatua akan diketuai oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh.


"KEADILAN Sarawak mengadakan mesyuarat pertamanya setelah bekas Pengerusi MPN keluar parti pada 28 Februari lalu.


"Antara laporan yang diterima adalah berkenaan tahap persiapan menghadapi pilihan raya oleh KEADILAN Sarawak yang mana tahap persiapan memuaskan dan tidak terjejas oleh perletakkan jawatan oleh Pengerusi MPN.


"Mesyuarat juga secara konsensus menerima dan mengesahkan pembentukan Majlis Penatua yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan KEADILAN Sarawak sebagai mengambil tempat jawatan Pengerusi MPN Negeri.


"Majlis ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi MPN dan diberi tanggungjawab untuk membuat keputusan yang perlu secara kolektif dan bertanggungjawab kepada MPN Sarawak," katanya.


Menurut Abun lagi, Majlis Penatua tersebut bersifat sementara dan akan mentadbir perjalanan KEADILAN negeri itu menghadapi Pilihan Raya Negeri ke – 12 dan Pilihan Raya Umum jika Parlimen dibubarkan lebih awal.


Katanya, majlis itu akan berakhir selepas selesai Pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang akan datang.


"Majlis Penatua ini juga disahkan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Presiden KEADILAN.


"Majlis ini akan mewakili KEADILAN Sarawak di dalam Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang terdiri daripada KEADILAN, DAP Sarawak dan Amanah Sarawak," katanya.


Beliau turut memaklumkan mesyuarat MPN Sarawak dihadiri oleh presiden parti untuk memaklumkan perkembangan semasa dalam negara yang dan memberi pengesahan bagi keputusan-keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kepada MPN Sarawak.


Katanya, presiden parti mengulangi pendirian parti bahawa KEADILAN Sarawak diberi autonomi di dalam mentadbir parti tanpa campurtangan pusat berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan KEADILAN.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page