top of page

Timbalan Pengerusi GRS sokong kerajaan perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 24, 2022
  • 1 min read


Kerajaan perpaduan yang disyorkan oleh Yang di-Pertuan Agong hari ini disokong oleh Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dr Jeffrey Kitingan.


Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu berkata, kerajaan perpaduan adalah solusi kebuntuan politik yang melanda negara berikutan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).


"Kerajaan perpaduan ialah penyelesaian terbaik yang saya boleh lihat sekarang. Bagaimanapun, kerajaan ini mesti menyertakan kerajaan Sabah dan Sarawak yang dipilih supaya ia berkesan dan benar-benar inklusif.


"Mekanisme kerajaan perpaduan mesti dirangka dengan jelas supaya ia berfungsi," katanya dipetik FMT.


Sebelum ini GRS telah bersetuju untuk membentuk blok Borneo yang akan bertindak secara menstabilkan politik di Malaysia Timur.


Menurut Kitingan, blok Borneo mempunyai 32 kerusi, ia dapat memberikan kestabilan yang amat diperlukan negara.


"Pemimpin dan parti politik Semenanjung membuatkan Malaysia kucar-kacir. Sudah tiba masanya negeri-negeri Borneo memimpin negara dan menyediakan kestabilan," katanya.


Dalam pada itu, STAR adalah sebahagian daripada PN, tetapi bertanding atas tiket GRS pada PRU15, bersama-sama Bersatu Sabah dan Parti Maju Sabah (SAPP).


Anggota GRS lain yang bertanding pada PRU Sabtu lepas ialah Parti Bersatu Sabah (PBS).


Kitingan berkata, GRS akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara itu jika kebuntuan politik masih belum selesai menjelang akhir minggu ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page