top of page

Timbalan Menteri Agama santuni asnaf di Pasir Puteh



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (gambar, tiga dari kanan) yang melakukan lawatan kerja ke Kelantan baru baru ini sempat menyantuni 15 asnaf di Jajahan Pasir Puteh.


Program Ziarah Kasih Madani dilakukan beliau di kawasan Kampung Jelor dan Kampung Saring.


Menurut Zulkifli, selain berpeluang berkenalan dengan warga masjid dan penduduk beliau juga menyampaikan sedikit sumbangan hari raya kepada mereka.


"Saya sekaligus dapat menziarahi beberapa buah rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan keperluan harian dan kewangan kepada beberapa keluarga yang memerlukan.

"Ada antara mereka yang sudah uzur, sakit dan lain-lain.


"Seramai 15 keluarga asnaf dari Kampung Jelor, Kampung Dalam Pupuh dan Kampung Gong Macam Manis telah disantuni dengan sumbangan bekalan makanan asas dan duit raya," katanya.


Di samping Dr Zulkifli, mewakili YADIM Negeri Kelantan dalam kunjungan itu adalah pengarahnya, Ustaz Haji Mahadi Awang. Turut serta pemimpin setempat, Abdul Halim Mohamad.


Terdahulu, Dr Zulkifli mengadakan pertemuan dengan Sahibus Samahah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.


Zulkifli dan Shukri pernah bersama-sama dalam Jawatankuasa Panel Muamalat JAKIM.


Pertemuan itu bagi pengalaman dan perkongsian Datuk Mufti sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai topik termasuk hal hal agama menyangkut bidang pentadbiran masing masing.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page