top of page

Timbalan Menteri Agama hadir majlis korban Yang di-Pertuan Agong

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 15
  • 1 min read
Dr Zulkifli Hasan (dua dari kanan) pada program mengagihkan daging korban di Kompleks Islam Putrajaya
Dr Zulkifli Hasan (dua dari kanan) pada program mengagihkan daging korban di Kompleks Islam Putrajaya

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan baru baru ini hadir dalam Program Agihan Daging Korban Kurniaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2025 yang diadakan di perkarangan JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.


Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi lembu korban yang dagingnya diagih agihkan kepada warga perkhidmatan awam.


"Tuanku telah berkenan mengurniakan sebanyak 100 ekor lembu bagi tujuan ibadah korban sunat pada tahun ini, sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada warga perkhidmatan awam.


"Setinggi-tinggi junjungan kasih dan sembah takzim dizahirkan ke hadapan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong atas limpah perkenan dan kurniaan yang amat bermakna ini," katanya dalam catatan di media sosial.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page