top of page

Timb. Menteri Agama bincang gerak kerja dakwah bersama 30 NGO wanita



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan baru baru ini mengadakan dialog dan perbincangan bersama 30 badan bukan kerajaan (NGO) serta aktivis wanita Islam.


Perbincangan dibuat bersama aktivis yang terlibat secara langsung dalam hal ehwal wanita bagi mendengar pandangan, keluhan dan masalah yang sedang dihadapi oleh mereka.


Dr Zulkifli turut membincangkan mengenai penyelarasan gerak kerja dakwah dan kebajikan khususnya kepada kaum ibu dan wanita.


Beliau menekankan keperluan melakukan penyelarasan gerak kerja pada waktu Kerajaan Malaysia Madani berusaha menyantuni lebih ramai wanita yang memerlukan.


"Kerajaan Madani amat ambil berat tentang segmen dan hal ehwal aspek wanita. Kita ingin selaras, seragam dan kukuhkan aktiviti (libat NGO wanita)," katanya selepas sesi perbincangan itu.


Dr Zulkifli berkata, Majlis Wanita Islam YADIM (MAWIM) selepas ini akan menjadi penaung kepada gerakan wanita Islam bagi melaksanakan aktiviti dengan dibantu kerajaan dari aspek teknikal dan lain-lain.


Antara yang hadir dalam sesi perbincangan itu termasuk Ustazah Dr Fatimah Syarha (pendakwah terkenal), Prof. Ts. Dr. Zuriati Zulkarnain (UPM), HELWA Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), SALWA, Pertubuhan Wanita Anggerik Malaysia, Wanita IKRAM, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Wanita HALUAN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page