top of page

Tiga Tahun Kerajaan MADANI: Wanita KEADILAN ucap tahniah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.


Dalam satu kenyataan, sayap wanita parti itu menyifatkan tempoh tersebut sebagai fasa penting dalam usaha mengembalikan semula nilai integriti, kestabilan dan ketelusan dalam tadbir urus negara.


"Tempoh tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI memperlihatkan banyak perubahan berasaskan nilai, prinsip dan keberanian membuat keputusan telah dilakukan, sekali gus membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih inklusif, progresif dan berdaya saing.


"Di bawah kepimpinan PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim), agenda reformasi terus diperkukuh melalui penstrukturan semula ekonomi, pemantapan dasar sosial, perlindungan kebajikan rakyat serta pengukuhan institusi demokrasi," tegas mereka.

Justeru, sayap itu berikrar untuk terus menyokong dasar-dasar Kerajaan MADANI yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam memperkasa wanita sebagai pemacu pembangunan negara.


"Kami terus berdiri teguh bersama kepimpinan PMX untuk meneruskan agenda reformasi demi Malaysia yang lebih adil dan sejahtera," tambah mereka.


Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov 2022.


Pada 19 Jan 2023, beliau memperkenal konsep Malaysia MADANI yang berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page