
Tiga Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah simpan rahsia pagi tadi.
"Upacara angkat sumpah ini didahului oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin yang merupakan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.
"Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah saudara Ahmad Farhan Dato' Sri Fauzi dan saudara Chan Ming Kai.
"Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk," kata Anwar.
Perdana Menteri mempunyai kuota 5 orang Setiausaha Politik namun Anwar memilih untuk hanya mengisi 3 tempat sahaja dan memadai untuk tugasan sebagai pembantu beliau.
Turut hadir menyaksikan majlis angkat sumpah itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.