Tiga Prinsip Kepimpinan Alam Sekitar Pandu Agenda Kelestarian Negara
- Abdul Rahim Razak

- 11 hours ago
- 1 min read
Tiga Prinsip Kepimpinan Alam Sekitar Pandu Agenda Kelestarian Negara
Timbalan Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kepimpinan alam sekitar di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berpaksikan tiga prinsip utama, iaitu Amanah, Keseimbangan dan Maslahah.
Amanah merujuk tanggungjawab manusia sebagai khalifah menjaga bumi, manakala keseimbangan menuntut pembangunan sumber asli seperti perlombongan dilakukan secara lestari tanpa menjejaskan hutan, udara dan biodiversiti dan prinsip maslahah pula menekankan keutamaan kepentingan umum termasuk kesejahteraan alam dan hidupan liar supaya eksploitasi sumber tidak memusnahkan masa depan negara dan dunia.
Ahli Parlimen Ledang itu turut menegaskan kelestarian alam berkait rapat dengan isu rakyat seperti banjir kilat, kualiti alam sekitar dan keselamatan air dan dalam masa yang sama, penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) dan Dasar Mineral Negara akan memperkukuh tadbir urus sumber mineral negara agar nilai hiliran yang lebih tinggi secara mampan dapat dioptimakan.









Comments