top of page

Tiga platform terima lesen penyedia media sosial

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 8
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Tiga platform menerima Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau lesen penyedia media sosial


Setakat jam 5 petang semalam, tiga penyedia platform iaitu WeChat, TikTok dan Telegram telah menerima lesen berkenaan, maklum Fahmi Fadzil.


Menteri Komunikasi itu berkata, setakat petang semalam juga, Meta telah menghantar beberapa dokumen susulan bagi tujuan pengesahan mengenai beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).


"Saya jangka proses tersebut berjalan dengan tertib dan lancar. Setakat ini tiga (penyedia platform media sosial) telah menerima lesen.


"Google yang mengusahakan Youtube dan X (dahulunya Twitter) masih dalam perbincangan dengan pihak SKMM," katanya dalam sidang media mingguan, di Putrajaya hari ini.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjawab soalan ditanya pemberita berhubung perkembangan terkini lesen penyedia platform media sosial yang telah diterima oleh pemohon.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page