top of page

Tiga NGO gerakan bantuan banjir KITAKAWAN di 5 negeri



Banjir di Pantai Timur menyebabkan beberapa pertubuhan masyarakat menguhulurkan bantuan dalam menyantuni mangsa mangsa yang memerlukan


Terbaharu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) dan Adab Youth Garage (AYG) telah menggerakkan Misi Bantuan Banjir #KitaKawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang jumlahnya hampir mencecah 70,000 ketika ini.


Menurut pertubuhan berkenaan, mereka terpanggil untuk membantu berikutan peningkatan jumlah mangsa kepada 19,601 orang daripada 5,699 keluarga di Terengganu dan 12,104 orang daripada 3,295 keluarga di Kelantan selain Pahang, Johor dan Perak yang turut mengalami peningkatan.


Inisiatif bantuan mangsa banjir tersebut melibatkan seramai 570 orang sukarelawan, 21 kenderaan pacuan empat roda, 3 buah lori, 5 buah van dan 23 buah 'water jet'.


"Misi Banjir #KitaKawan ini penting untuk menyatukan seluruh rakyat atas semangat Bangsa Malaysia untuk saling membantu antara satu sama lain.


"Dalam suasana suhu politik yang panas disusuli sentimen perkauman dan kebencian agama yang menebal, pihak kami menyeru agar seluruh pihak untuk bersama berganding bahu dan tenaga tanpa mengira latar kaum, agama dan fahaman politik untuk mengenepikan perbezaan dan fokus menjayakan Misi Bantuan Banjir #KitaKawan ini," kata pertubuhan berkenaan dalam satu kenyataan.


Sebelum ini, ABIM telah membuka Pusat Operasi dan Pengurusan Sumbangan Bantuan Bencana dan Banjir (Sanggar Bakti) sebagai pusat operasi dan pengurusan sumbangan bantuan bencana dan banjir di 16 buah lokasi di seluruh negara.


"Sanggar Bakti mula beroperasi setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 5 petang bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang.


"Kami menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk hadir ke mana-mana Sanggar Bakti yang berdekatan bagi tujuan menghulurkan sumbangan seperti makanan, ubat-ubatan, pakaian, kit ibadah, kit kanak-kanak dan tuala wanita," kata kenyataan tersebut.


Selain itu, pihak pertubuhan berkenaan juga mengalu-alukan kerjasama strategik atau sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO), korporat, komuniti dan pihak kerajaan dalam usaha membantu masyarakat yang dilanda banjir.


Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melayari tabungbencana.com atau hubungi Ketua Penyelaras, saudara Fawwaz melalui talian 019-6074700.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page