Tiga kerangka besar Suara Anak Muda


Gerakan Suara Anak Muda memperjuangkan 3 kerangka besar selain mahu melakukan perubahan terhadap kerangka sistem kerajaan yang sejak 6 dekad lalu terjebak dengan kronisme.
Bagi Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Atyrah Hanim, masalah struktur kerajaan hari ini amat memerlukan sumbang saran idea anak muda untuk diperbaiki ke tahap yang benar benar efisien.
"Hari ini kita akan menyumbang, kita beritahu mereka (kerajaan), ini yang kita mahu dilakukan.
"Saya mahu dan ajak rakan rakan untuk sokong bersama," katanya dalam ucapan pembukaan kongres Suara Anak Muda semalam.

Katanya, terdapat tiga kerangka besar Suara Anak Muda. Pertama, gaji bermaruah dan keselamtan sosial; kedua, ekonomi mampan dan kendiri, dan ketiga pengukuhan kebaikan awam.
Beliau juga memetik ungkapan tokoh ekonomi negara Prof Jomo Kwame Sundram mengenai crony-privatisation yang menjadikan Malaysia bermasalah sejak berdekad lalu.
Oleh itu, katanya anak muda perlu melakukan perubahan eko-sistem untuk menjadikan Malaysia lebih baik.
"Itu adalah tugas saya rasakan yang baik untuk pemuda hari ini bawa.
"Politik baru KEADILAN pula adalah tidak mahu lagi penswastaan, kita mahu perkhidmatan awam ini dikemaskan, kita nak Malaysia menghasilkan makanan kita sendiri. Kita ada tanah.
"Saya akan bawa kawan kawan yang 7 kumpulan ini, untuk berjumpa pimpinan kerajaan Madani dan beritahu masalah mereka," katanya lagi.




Comments