top of page

Tiga kementerian perlu penyelarasan menyeluruh dalam isu jerebu

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
34 minutes ago
1 min read
Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil dalam sidang media di Putrajaya
Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil dalam sidang media di Putrajaya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai keperluan penyelarasan lebih menyeluruh dalam menangani isu jerebu, termasuk aktiviti sukan luar bangunan dan pembukaan sekolah.


Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, KPM dan KPM turut memaklumkan Jemaah Menteri mengenai garis panduan yang diguna pakai ialah berlandaskan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang berkuat kuasa pada waktu ini.


"Isnin ini (19 Oktober) akan diadakan satu mesyuarat yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Isu jerebu akan dibincangkan dan beberapa maklumat lanjut akan disusuli daripada mesyuarat pada Isnin nanti termasuk daripada pihak KPM, KKM dan KBS," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page