Parlimen Malaysia kini di bawah Majlis Perkhidmatan Parlimen


Parlimen Malaysia kini berada sepenuhnya di bawah tanggungjawab Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) susulan penubuhan majlis itu, maklum Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Jurucakap Kerajaan itu berkata, perkembangan tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jemaah Menteri.
"PM Anwar telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai terbentuknya Majlis Perkhidmatan Parlimen, maka Parlimen Malaysia kini berada sepenuhnya di bawah tanggungjawab Majlis Perkhidmatan Parlimen.
"Pihak eksekutif tidak lagi mempunyai bidang kuasa ke atas institusi tersebut, ini telah menunaikan salah satu janji dan usaha reformasi institusi yang sangat besar, dan dengan cara ini kita percaya demokrasi akan terus mekar di negara kita.
"Sudah pasti dalam proses peralihan ini ada beberapa perkara yang perlu diteliti. Jemaah Menteri akan terus membantu sekiranya ada apa-apa yang perlu diuruskan.
"Kini bidang kuasa Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Majlis dan Perkhidmatan Parlimen," kata Fahmi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.




Comments