top of page

Tiga kali diganggu Anifah, Mohamaddin Ketapi enggan lompat - Shafie


Nampaknya Perikatan Nasional (PN) masih tidak senang duduk dengan majoritinya yang tipis apabila kali ini cuba mempengaruhi Ahli Parlimen dari WARISAN, Datuk Seri Mohamaddin Ketapi untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH).


Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa pujukan daripada Anifah Aman itu langsung tidak diendahkan oleh Mohamaddin.


"Mohamaddin maklum kepada saya sudah dihubungi tiga kali oleh Anifah Aman pujuk berbagai perkara yang sekiranya nak memasuki parti perjuangan mereka.


"Saya tanya adakah benar, Mohamaddin kata saya tahu suara dia, saya tahu nombor telefon dia.


"Mohamaddin berkata apa juga keputusan beliau tetap akan mempertahankan, pendirian beliau cukup jelas," katanya dipetik Malaysiakini.


Justeru, Shafie menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan dan mengambil tindakan ke atas salah laku rasuah yang dilakukan PN.


"Saya harap agensi-agensi berkaitan seperti SPRM, ambil tindakan. Tawar jawatan, imbuhan wang ini rasuh untuk dapatkan sokongan.


"Wakil rakyat WARISAN tidak akan sesekali berpaling tadah kerana maruh dan perjuangan mereka tidak boleh dinilai dengan wang ringgit," katanya.


WARISAN ketika ini menerima tekanan dan ancaman hebat apabila PN sengaja menyebarkan khabar angin bahawa akan ada pemimpin parti yang meninggalkan parti tersebut.


Malah, Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong menjelaskan sokongan WARISAN terhadap PH masih kukuh dan menganggap khabar angin tersebut tidak lebih sekadar berita palsu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page