top of page

Tiga jam beri keterangan, Sanusi enggan beri komen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 11, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah persatuan bola sepak pagi tadi.


Dilaporkan, pemimpin kerajaan Kedah itu memberi keterangan hampir tiga jam bagi membantu siasatan.


Namun, menerusi klip video Suara Madani, Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu tidak memberhentikan kenderaan selepas selesai memberi keterangan, walaupun disapa media yang menunggu sejak pagi lagi.


Malah pemimpin Pas yang lebih dikenali sebagai ‘sempoi’ itu tidak membuka cermin keretanya sama sekali.


Dalam pada itu, Sanusi dikehendaki hadir ke SPRM berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).


Keterangan itu difahamkan bagi membantu siasatan SPRM selepas menerima laporan daripada beberapa individu yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri Kedah sekiranya menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.


Namun, selepas dana disalurkan ke akaun persatuan bola sepak itu kontraktor-kontraktor yang menyalurkan dana masih tidak menerima sebarang projek sebagaimana yang dijanjikan.


Bagaimanapun, pada 7 Januari lalu, Sanusi mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) adalah sumbangan sebuah syarikat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page