top of page

Tiga hari berturut-turut kes Covid-19 tinggi, bukti kerajaan gagal

Wanita KEADILAN Selangor menyifatkan rekod kes baharu Covid-19 selama tiga berturut-turut membuktikan kerajaan gagal dalam melaksanakan tugasnya.


Bukan itu sahaja, peningkatan kes berlaku dalam keadaan PKPD masih berkuatkuasa.


“Hari ini dalam sejarah, kita melihat satu angka yang tidak kita menyangka akan menjadi realiti, 13215 kes baru covid-19, dalam satu hari. Ini merupakan rekod tertinggi terbaru dalam tiga hari berterusan. Kita juga melihat, kes-kes baru dalam 3 tiga hari ini dalam lingkungan lima digit. Selangor terus mencatatkan rekod baru tertinggi melepasi 6000 kes baru hari ini.


“Wanita KEADILAN Selangor gusar dan bimbang dengan peningkatan ini dari hari ke hari dalam tempoh PKPD ini.


“PKPD telah mula dilaksanakan pada 1 Julai, namun selepas 2 minggu dalam tempoh PKPD, ini hasilnya. Maka sangat jelas, kerajaan gagal mengimplikasikan PKPD yang efektif dalam menangani krisis covid-19 dalam negara. Malah dengan PKPD kali ini, kes bunuh diri juga turut meningkat dari hari ke hari.


“Dengan peningkatan kes bunuh diri dari hari ke hari, kami amat bimbang akan kelestarian insitusi kekeluargaan di negara ini,” katanya.


Katanya, ramai wanita dan ibu-ibu yang khususnya suri rumah tangga buntu apabila suaminya hilang pendapatan atau mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana tidak mampu menampung keperluan harian keluarga.


“Apakah nasib mereka dan anak-anak mereka dalam krisis dan selepas krisis ini?


“Kami gesa kerajaan PN untuk serta merta mengundur diri atas kegagalan menangani krisis Covid-19 ini, tiada cahaya buat Malaysia selagi kerajaan PN berkuasa cuma kesengsaraan dan kematian rakyat yang tidak bersalah yang terus meningkat dibawah kuasa kerajaan gagal ini,” katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page