top of page

Tiga dekad tadbir Kelantan tiada pembangunan dibawa Pas



Kerajaan Pas telah tiga dekad mentadbir negeri Kelantan sejak 1990an.


Sebelum ini, rakyat dimaklumkan kerajaan pusat menyekat peruntukan pembangunan di negeri itu yang menyebabkan pembangunan terbantut. Mangsa utama tentulah industri perbekalan air bersih yang tidak mendapat pembiayaan Kerajaan Persekutuan.


Namun bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan, alasan seperti itu tidak lagi boleh digunakan Pas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana parti Islam itu telah pun berada dalam Perikatan Nasional yang memerintah Malaysia


Hal yang perlu dipersoalkan pengundi Kelantan, katanya, mengapakah Pas tidak membawa peruntukan pembangunan yang besar ke Kelantan, malah dalam Belanjawan 2021 pun tiada peruntukan khusus memulihkan ekonomi negeri yang telah ditindas selama 3 dekad.


"Sebelum jadi kerajaan pusat, Pas cakap tiada dana dan sebagainya dan ini juga satu alasan yang sering kita dengar.


"(Apa yang saya lihat) mindset (corak pemikiran) mereka (Pas) hanya nak mudah sahaja, tiada idea untuk membangunkan negeri Kelantan. Apa yang dilihat kalau ada balak, tebang balak, ada tanah jual tanah dan inilah sebabnya negeri ini tidak membangun" katanya kepada Suara Keadilan.


Zinda meminta kerajaan Pas Kelantan mencontohi kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, biar pun kerajaan pembangkang namun pemimpinnya mempunyai idea untuk membangunkan ekonomi.


Apatah lagi, katanya Pas dalam kerajaan pusat dan mudah menggerakkan pelaburan syarikat asing atau tempatan ke Kelantan bagi membangunkan ekonomi.


"Kita lihat contoh pembangunan pesat, termasuk pengurusan ekonomi di Pulau Pinang hari ini. Jelas menunjukkan perubahan pesat selepas ditadbir oleh Pakatan Harapan tetapi bukan sepertimana di Kelantan," katanya lagi.


Sehubungan itu, Zinda menyeru pengundi setia Pas di Kelantan agar berubah atau 'beralih angin' pada PRU ke 15 kelak.


Katanya, PH mempunyai idea pembangunan yang lebih menarik bagi memperbaiki ekonomi Kelantan sekiranya diberi peluang memerintah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page