top of page

Tiga Baitul Mahabbah baharu akan diwujudkan - Menteri KDN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 6, 2024
  • 1 min read


Kerajaan bakal mewujudkan tiga lagi Baitul Mahabbah atau penempatan khas sementara kanak-kanak warga asing.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga penempatan khas dibawah seliaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bakal diwujudkan masing-masing satu di Kelantan, Johor dan Kedah membabitkan peruntukan RM10 juta.


"Ia salah satu inisiatif untuk menambah Baitul Mahabbah sedia ada yang terletak di Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dengan kapasiti 300 penghuni.


"Tiada pembinaan baharu sebaliknya mengguna pakai premis yang sudah sedia ada dan kemudian diubahsuai. Kita sudah mengenalpasti premis untuk proses pengubahsuaian," katanya dipetik.


Saifuddin sebelumnya hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Warga JIM di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.


Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.


Beliau turut meninjau aspek keselesaan bagi memastikan aspek penjagaan tahanan di Depoh tersebut.


Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, seramai 300 kanak-kanak warga asing berusia bawah 10 tahun ditempatkan di tiga Baitul Mahabbah di Nilai, Negeri Sembilan; Papar, Sabah dan Miri, Sarawak.


Kanak-kanak itu terdiri daripada mereka yang lahir di depoh tahanan imigresen atau ditinggalkan ibu bapa masing-masing semasa operasi JIM.


"Atas perikemanusiaan, kita jaga kanak-kanak ini dan diasingkan di Baitul Mahabbah dan mereka ini berpeluang mengikuti kelas dikendalikan JIM selain keadaan suasana yang kondusif," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page