top of page

Tidak wujud 'beras plastik' di pasaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 9, 2023
  • 1 min read


Berita palsu yang tular sejak beberapa hari ini kononnya seorang penggemar nasi lemak telah tertipu kerana terbeli nasi lemak yang menggunakan 'beras plastik' dinafikan dalam segmen terbaharu Biar Betul, terbitan Kementerian Komunikasi dan Digital.


Menurut Biar Betul, video beras palsu tersebut menggambarkan pembeli nasi lemak yang terkejut apabila nasi lemak yang dikepalnya boleh menjadi bulat, padat seperti bola. Penggemar nasi lemak itu kemudian menasihati pengguna agar menyimpan resit pembelian beras supaya boleh memulangkan beras plastik selepas dimasak pada pertama kali.


"Hasil semakan pasukan Biar Betul melalui kenyataan media Bernas menyangkal dakwaan itu, sekali gus memberi jaminan beras yang dibekalkan adalah tulen dan selamat.


"Bernas turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai berita palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab," kata segmen Biar Betul.


Biar Betul itu menasihatkan orang awam agar lebih berhati hati dan bersedia untuk menganalisis terlebih dahulu berita yang diterima di media sosial.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page