top of page

Tidak wajar ugutan rogol ke atas pelajar dianggap 'gurauan rakan sekelas'


Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidiq, mempertikaikan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berdasarkan laporan media, yang menyifatkan ugutan rogol terhadap seorang pelajar sebagai “mungkin gurauan oleh rakan sedarjahnya”.


Dakwa Fadhlina, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara itu, jika benar, bersifat pra-matang dan sangat meresahkan kerana kes tersebut masih di peringkat siasatan, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pelajar berkenaan.


"Saya mempersoalkan kredibiliti Timbalan Ketua Polis Negara kerana kenyataan beliau seolah-olah memperlekehkan aduan pemandiri yang menerima ugutan rogol dan membuat aduan untuk mendapatkan perlindungan undang-undang.


"Saya ingin mengingatkan dakwaan yang dibuat itu adalah aduan daripada seorang kanak-kanak yang mendakwa mendapat ugutan rogol dan merupakan dakwaan yang serius.


"Saya menegaskan ugutan rogol bukan sejenis gurauan. Ia adalah dakwaan jenayah yang boleh disiasat di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fadhlina yang juga pengamal undang-undang, kenyataan yang dikeluarkan itu memberi isyarat yang salah kepada masyarakat dan mempamerkan kegagalan pihak berautoriti dalam membela hak serta memberikan perlindungan kepada pemandiri gangguan seksual.


"Saya menggesa pihak Timbalan ketua Polis Negara menarik balik kenyataan beliau dan kembali memberikan jaminan kepada rakyat bahawa semua kes dakwaan atau aduan gangguan seksual akan disiasat dengan adil, telus dan penuh tanggungjawab," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page