top of page

Tidak wajar teruskan amalan lantikan politik tanpa tujuan yang betul di GLC - Manivanan



Sikap berdiam diri Kerajaan BN terhadap pendedahan di mahkamah mengenai pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa pernah dipanggil mesyuarat tidak seharusnya berlaku pada masa hadapan.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Manivanan Gowin, kerajaan seharusnya setelah pendedahan itu mengumumkan untuk mengeluarkan garis panduan tertentu berkenaan tugas seseorang yang dilantik sebagai ahli lembaga, pengerusi atau penasihat GLC bagi memperbaiki keadaan.


Namun malangnya, kata Manivanan, hal itu tidak berlaku.


"Bayaran gaji RM30,000 sebulan adalah satu nilai yang tinggi. Kita perlu akui itu adalah duit rakyat. Duit itu sepatutnya digunakan kepada seseorang yang mampu membawa idea yang bernas kepada agensi tersebut. Bukan sekadar duduk di sana tak masuk mesyuarat dan menikmati kemudahan lainnya.


"Saya rasa itu tak harus berlaku dalam negara kita, lebih lebih lagi dalam keadaan ketika itu (era pemerintahan PM Najib Razak) ekonomi sedang merosot, ketika ini juga merosot, namun kita masih melakukan perkara yang tidak masuk akal dan membebankan rakyat," katanya.


Mantan Ahli Parlimen Kapar itu berkata, lantikan politik seharusnya memenuhi peranannya membantu GLC. Bukannya kedudukan yang dianugerahkan sebagai imbalan sokongan politik atau kesetiaan kepada seseorang pemimpin.


"Lantikan seperti ini (GLC) perlu melalui beberapa kriteria penting, khususnya individu yang dilantik wajar mempunyai pengalaman dalam (perniagaan) agensi berkenaan. Kedua dia perlu ada pendidikan atau sesuatu yang sewajarnya untuk dia membantu agensi tersebut.


"Ketiga, selain pengalaman dan pendidikan beliau perlu mempunyai idea untuk membangunkan agensi itu. Perkara ini wajib ada untuk seseorang calon


"Apa yang sedang berlaku sekarang, kerajaan main lantik hanya untuk memberikan seseorang satu kemewahan atau gaji tetap, supaya boleh memenangi hati mereka atau kita nak jaga seseorang


"Bagi saya itu bukan kriteria yang perlu dipertimbangkan untuk melantik sesiapa dalam sesuatu agensi," katanya lagi.


Minggu lalu, dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Najib Razak, rakyat dikejutkan dengan pengakuan Tan Sri Sidek bahawa beliau telah dibayar sebanyak RM30,000 sebulan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB tetapi tidak pernah dipanggil bermesyuarat.


Beliau berkata lantikan itu mungkin dibuat kerana Najib merasakan gajinya sebagai Ketua Setiausaha Negara terlalu rendah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page