top of page

Tidak wajar rakyat berratur berjam jam urusan JPJ - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 9, 2022
  • 1 min read


Urusan di kaunter pejabat kerajaan sepatutnya berjalan lebih baik pada ketika ini berbanding sedekad lalu, apabila kakitangan kerajaan beroperasi menggunakan pelbagai peranti dan aplikasi canggih.


Bagaimanapun hal itu seolah olah tidak memperbaiki perkhidmatan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila pelanggan perkhidmatannya masih terpaksa beratur panjang.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur mengapa rakyat masih perlu beratur panjang hingga ke jalan raya untuk berurusan di pejabat cawangan JPJ Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.


"Saya minta JPJ tumpu kawasan seperti ini Bandar Sri Permaisuri. Kalau (rakyat) tunggu sejam munasabah, tapi (ada yang tunggu) dari pukul 10 pagi.


"Ada datang pagi, balik, datang lagi. Saya harap JPJ ambil perhatian," katanya dalam wawacara spontan sewaktu lawatan ke Bandar Sri Permaisuri selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Najihin.


Anwar dibawa oleh penduduk tempatan meronda bermotorsikal sambil santai ‘pekena’ teh tarik dan nasi kandar bersama warga Bandar Tun Razak.



Pelanggan perkhidmatan awam tidak wajar beratur panjang sebagaimana era 1980an



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page